Pasukan bertanding Copa_América_2011

Pasukan Jepun dan Mexico telah diundang untuk menyertai kejohanan ini.[1] Namun begitu, cadangan FIFA terhadap penyertaan negara dalam kejohanan di luar naungan menyebabkan pasukan Jepun dan Mexico mungkin tidak boleh bertanding.[2] Walau bagaimanapun, pihak CONCACAF menyatakan bahawa pasukan Mexico akan menghantar pasukan bola sepak bawah 23 tahun yang bertanding dalam sukan Olimpik pada tahun 2012.

Penyertaan Jepun pula masih dalam ragu-ragu selepas kejadia Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011,[3] namun begitu pada 16 Mac 2011, Persatuan Bola Sepak Jepun mengesahkan bahawa mereka akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.[4] Namun begitu, Persatuan Bola Sepak Jepun menarik diri dari menyertai kejohanan ini pada 4 April 2011 kerana tarikh kejohanan yang bertindih dengan penjadualan semula perlawanan dalam liga J. League.[5][6] Hasil dari mesyuarat yang telah diadakan di antara Persatuan Bola Sepak Jepun dan pegawai-pegawai dari Persekutuan Bola Sepak Argentina, Persatuan Bola Sepak Jepun menangguhkan keputusan mereka sehingga 15 April.[7][8] Pada 14 April, Persatuan Bola Sepak Jepun kemudiannya mengumumkan bahawa mereka akan menyertai kejohanan ini dengan menggunakan khidmat pemain mereka yang berada di Eropah.[9] Kemudian, pada 16 Mei, Persatuan Bola Sepak Jepun sekali lagi mengumumkan bahawa mereka tidak boleh menyertai kejohanan ini kerana kesukaran mendapatkan pemain mereka dari kelab-kelab di Eropah.[10][11]

Hari berikutnya, CONMEBOL menghantar jemputan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Costa Rica untuk menjemput pasukan Costa Rica menyertai kejohanan ini dan mereka bersetuju untuk menyertai kejohanan ini.[12][13][14]


Berikut merupakan 12 buah negara yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.


Rujukan

WikiPedia: Copa_América_2011 http://ca2011.com/ http://ca2011.com/noticias_exibe.php?IdNews=a87ff6... http://ca2011.com/noticias_exibe.php?IdNews=ad972f... http://www.ca2011.com/noticias_exibe.php?IdNews=a4... http://www.ca2011.com/noticias_exibe.php?IdNews=b1... http://www.ca2011.com/noticias_exibe.php?IdNews=cf... http://df1.conmebol.com/copaamerica/fichas/ficha99... http://df1.conmebol.com/copaamerica/fichas/ficha99... http://df1.conmebol.com/copaamerica/fichas/ficha99... http://df1.conmebol.com/copaamerica/fichas/ficha99...